PUSPANITA

LOGO PUSPANITA 1.png
LATAR BELAKANG PUSPANITA

  • Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.
  • PUSPANITA cawangan kecil PERDA merupakan salah satu cawangan di bawah PUSPANITA Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Pengerusi PUSPANITA cawangan kecil PERDA merupakan isteri kepada Pengurus Besar PERDA.
 
DASAR PUSPANITA


Dasar PUSPANITA cawangan kecil PERDA adalah selari dengan Dasar PUSPANITA Kebangsaan iaitu:

  1. Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara bersesuaian dengan era dan teknologi terkini
  2. Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan melalui peningkatan kemahiran, pengukuhan kendiri dan peningkatan bakat
  3. Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan  dan kecemerlangan diri melalui program-program kemasyarakatan dan kebajikan
  4. Memupuk silaturrahim antara wanita di peringkat agensi dan kementerian melalui perkongsian pintar dan program-program bersama 

 


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.