41 Sukarelawan Perda Bantu Mangsa Banjir di Bentong

31 Disember 2021 - 03 Januari 2022, Bentong, Pahang

Pada 31 Disember 2021 hingga 3 Januari 2022, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menghantar 41 orang sukarelawan ke Bentong, Pahang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu. Sukarelawan ini terdiri daripada anggota kerja PERDA, PERDA-TECH dan juga Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) yang merupakan anak syarikat milik PERDA.

Mereka telah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah penduduk di Kampung Setia Karak yang dinaiki banjir lumpur yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan dan kehilangan harta benda. Kebanyakkan rumah dimasuki sampah–sarap dari luar akibat dibawa oleh arus banjir. Terdapat juga rumah yang berada di kawasan tanah rendah dimasuki oleh selut dan lumpur setinggi paras lutut sehingga menyebabkan kerja-kerja membersihkannya memerlukan tenaga kerja yang ramai dan  mengambil masa yang agak lama.

Rata – rata penduduk menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada sukarelawan PERDA kerana membantu mereka disaat mereka ditimpa bencana. Mereka juga menyatakan redha dengan ketentuan Allah dan menganggap ini adalah ujian kepada mereka.

Pengurusan tertinggi PERDA iaitu Pengerusi PERDA, Tuan Khaliq Mehtab Ishaq, Pengurus Besar PERDA, Dato’ Rosman Hashim dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA, Mohd Asri Baharom, juga turut bersama berganding bahu membersihkan rumah penduduk yang terjejas sehingga misi ini berakhir.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.