Previous Next

Program PERDA4U

Selasa, 14 April 2020

Won't wave my white flag, no !

This time I won't let go !

Oh, I won't go down slow !

I'd rather die !

Than give up the fight !!!

Begitulah hasrat seluruh warga Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang memulakan langkah dibawah program PERDA4U, dibantu oleh kakitangan PERDA dan beberapa tenaga pengajar Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)/Senireka Fesyen dalam membantu membekalkan kelengkapan keperluan perlindung diri atau Personel Protective Equipment (PPE) kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan barisan hadapan negara (frontliner) Hospital Sungai Bakap sebanyak 200 unit (berperingkat) dalam menangani Wabak COVID-19.

Aktiviti menghasilkan PPE ini telah diadakan di Bengkel Jahitan PERDA-TECH oleh tenaga pengajar bersama sukarelawan PERDA4U yang telah diberikan amanah untuk menggalas tugasan ini.

Terima kasih kepada para sukarelawan PERDA4U dan semua yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran mereka dalam merealisasikan hasrat yang murni ini.

#perda #merealisasikanharapanrakyat #perda4u #perdatech #kplb #luarbandarsejahtera #covid19 #2019nCoV #perintahkawalanpergerakan #StayStrongMalaysia #fightCovid #ppe #terimakasih

Berita Penuh : Laman Facebook Rasmi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang


Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas