Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam PERDA?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam di PERDA hendaklah dibuat secara online melalui laman Sistem Perjawatan PERDA iaitu di http://erecruit.perda.gov.my

Saya telah memohon jawatan di PERDA. Bilakah saya akan dipanggil temuduga?
Semua permohonan yang telah memohon jawatan di PERDA akan dipanggil temuduga sekiranya:

  1. Permohonan online yang lengkap
  2. Memenuhi syarat skim perkhidmatan yang dipohon dan
  3. Melepasi tapisan asas yang ditetapkan

Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?
Iklan jawatan kosong hanya akan disiarkan melalui laman web PERDA, laman web Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA TECH) dan platform media sosial. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat kekosongan jawatan di PERDA.

Perlukah saya menghantar biodata /maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan di PERDA?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam di PERDA hendaklah dibuat secara online melalui laman Sistem Perjawatan PERDA iaitu di http://erecruit.perda.gov.my

 

Mengapa pegawai sedang berkhidmat perlu memohon melalui Ketua Jabatan?
Syarat mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan yang dikenakan kepada pegawai sedang berkhidmat ada dinyatakan dalam perintah Am 17(P.U(A) 176/2005). Tujuan ialah supaya ketua jabatan dapat menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Prestasi serta Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini sekiranya pegawai berjaya dipanggil temuduga.

 

Adakah semua Institusi Pengajian Tinggi di iktiraf?
Tidak semua pusat pengajian tinggi (IPT) terutamanya IPTS samada di dalam atau di luar Negara. Oleh itu, mereka yang ingin berkhidmat dengan perkhidmatan Awam di PERDA perlu memastikan IPT atau kelayakan yang mereka perolehi dan IPT berkenaan telah diiktiraf oleh kerajaan. Semakan boleh dibuat dengan Jabatan berkenaan.

 

Bagaimanakah untuk mengetahui keputusan temuduga itu berjaya atau gagal?
Semua keputusan temuduga sama ada yang berjaya atau gagal, akan dimaklumkan kepada anda melalui surat / emel / sms terus ke nombor telefon bimbit. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup juga adalah dianggap tidak berjaya. 

 

Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?
Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan diperingkat berkenaan. 

Contoh: Jika anda mempunyai kelayakan Diploma/STPM, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga jika pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. Walaubagaiman pun, kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.

 

Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pegawai sementara, sambilan atau pegawai kontrak?
Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada pegawai sambilan, pegawai sementara dan pegawai kontrak. Pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon. 

 

Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?
Tidak diambilkira. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih beryakinan. 

 

Adakah berlaku diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS?
Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS.



Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.