Program Penanda Aras ke Pejabat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

14 - 17 Januari 2023  |  Kota Kinabalu
 
Pegawai-pegawai Bahagian Perancangan Strategik dan Pegawai Undang-Undang PERDA telah melaksanakan satu program penanda aras ke Pejabat KKDW Sabah dan Universiti Malaysia Sabah yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 hingga 17 Januari 2023.

Tujuan program ini adalah untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan kaedah perancangan, pelaksanaan dan penilaian program / projek yang dilaksanakan di bawah Pejabat KKDW Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang juga memberi fokus secara terperinci mulai dari pembentukan dasar-dasar agensi, permohonan bajet sehinggalah ke penilaian outcome / impak sesuatu projek / program yang dilaksanakan.

Program ini diketuai Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA. Terima kasih kepada Encik Johar Julasbi, Pengarah KKDW Negeri Sabah dan Prof. Madya Dr. Mohd Kamal bin Mohd Shah, Universiti Malaysia Sabah telah menerima kunjungan pegawai-pegawai PERDA.

Selain itu, program ini juga membincangkan berkaitan perancangan permohonan peruntukan pembangunan Rolling Plan Keempat (RP4) Tahun 2024 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan dibentangkan kepada Pengurus Besar PERDA.


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.