Lawatan Penanda Aras ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

27 Oktober 2023  |  Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Satu lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya MBPJ telah diadakan pada 27 Oktober 2023. Delegasi PERDA yang diketui oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn Noorhayati Binti Ishak telah disambut baik oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Tuan TPr. Lee Lih Shyan bersama barisan pengurusan.

Lawatan penanda aras ini bertujuan meninjau keberkesanan penggunaan Sistem Geographical Information System GIS “PJ Smart City” serta berkongsi pengalaman berkaitan kelebihan atau kekurangan yang terhadap pada sistem tersebut agar perlaksanaan pembangunan Sistem GIS di PERDA dapat direalisasikan.

Menerusi lawatan ini delegasi juga berpeluang melihat sendiri kepesatan penggunaan teknologi digital di MBPJ dalam mengurus tadbir salah satu bandaraya moden di Selangor.

Foto : Azrim bin Ariffin
 
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.