Page

Program Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar

28 Oktober 2023  |   Bukit Bendera, Pulau Pinang

PROGRAM XPDC HIMPUNAN 100 BELIA @ BUKIT BENDERA DENGAN KERJASAMA GERAKAN BELIA 4B NIBONG TEBAL

Program Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar di bawah fokus para belia ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan agensi dibawahnya iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam melaksanakan program pembangunan modal insan khusus kepada para belia yang menekankan aspek peningkatan kemahiran, kepimpinan, jati diri serta perkembangan potensi diri.

Justeru, melalui PERDA dan kerjasama bersama Gerakan Belia 4B Nibong Tebal telah diadakan satu Program XPDC Himpunan 100 Belia pada 28 Oktober 2023 bertempat di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Program ini dilaksanakan dengan matlamat untuk meningkatkan jati diri para belia dari segi membina ketahanan fizikal dan mental menerusi aktiviti pendakian. Disamping itu, program ini juga dapat mewujudkan semangat kerja berpasukan dan kerjasama dalam kalangan para belia.

Menerusi program ini juga, maklumat berkenaan kemudahan serta bimbingan untuk para belia yan disediakan oleh pihak PERDA turut dikongsi bersama bagi membolehkan para belia dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan tersebut.
Program ini telah dihadiri lebih dari 100 orang peserta dalam kalangan para belia dan turut dihadiri oleh Puan Nur Hidayah Binti Che Ros, Ahli Majlis MBSP, Penolong Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Pengerusi Belia 4B Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Belia 4B Nibong Tebal.

Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan, PERDA.
 
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.