Program Pembangunan Komuniti Harmoni

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
01 Julai 2022  |  Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Teluk Bahang

Program Sukarelawan Rakan Komuniti PERDA dengan Kerjasama AKRAB PERDA & AKRAB KPLB @ PPDK Teluk Bahang

Bahagian Pembangunan Insan, PERDA dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB PERDA) telah melaksanakan Program Sukarelawan Rakan Komuniti PERDA pada 1 Julai 2022 bertempat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Teluk Bahang.

Program dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu usaha pihak PPDK Teluk Bahang yang bercadang untuk menambah nursery bagi tanaman tumbuhan herba secara kecil-kecilan yang boleh membantu menjana pendapatan sampingan kepada pihak PPDK.

Selain itu, program ini turut dapat meningkatkan penglibatan aktif penduduk setempat dalam komuniti melalui program kesukarelawanan, selain memupuk semangat kekitaan, prihatin dan saling bekerjasama antara mereka.

Program ini juga dapat memberi peluang kepada pihak PERDA untuk mengeratkan hubungan sosial dengan masyarakat, di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama bersama komuniti melalui program kemasyarakatan.

Pihak AKRAB menerusi program ini telah sama-sama melaksanakan aktiviti sosial dan ramah mesra bersama para pelajar PPDK Teluk Bahang.

Program ini juga telah dihadiri oleh wakil pihak AKRAB KPLB dan secara keseluruhannya seramai 60 orang peserta serta sukarelawan telah melibatkan diri dalam menjayakan program ini.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Menanggung Tugas Pengurus Besar PERDA.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.