22 April 2024 | George Town
PERDA pada hari ini telah mengadakan Majlis Apresiasi Tahun 2023 dan Peluncuran Program Mighty STEM 2024 bertempat di Hotel Royal Chulan, George Town.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan para guru penyelaras dan pentadbir sekolah yang telah memberi komitmen serta sumbangan pada tahun 2023 dalam merealisasikan pelbagai program bersama pihak sekolah melalui inisiatif Program Luar Bandar Cerdik STEM.
Pada masa yang sama PERDA juga melaksanakan peluncuran Program Mighty STEM 2024 yang merupakan program peningkatan akademik bagi subjek STEM (Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) kepada para pelajar Tahun 6 bagi sekolah-sekolah di bawah kawasan operasi PERDA.
Perasmian dan peluncuran program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA.
GALERI GAMBAR