26-28 April 2024 | KEDA Resort, Sik
Program ini telah dihadiri seramai 34 orang peserta dalam kalangan para belia dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).
Program Kem Belia Aset Negara – We Lead The Future merupakan satu inisiatif di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam melaksanakan program pembangunan modal insan khusus kepada para belia dalam kalangan luar bandar yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran, kepimpinan, motivasi serta perkembangan potensi diri. Justeru, satu siri Program Kepimpinan Belia Madani telah diadakan pada 26 - 28 April 2024 bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah.
Program dilaksanakan dengan bertujuan mencungkil daya kepimpinan para belia menerusi pengwujudan semangat kerjasama dalam pasukan, pengukuhan jati diri, membina keyakinan diri dan memupuk pemikiran positif antara belia. Selain itu, program ini juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah para belia agar menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Program ini telah dihadiri seramai 34 orang peserta dalam kalangan para belia dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).
GALERI GAMBAR