Kesejahteraan Rakyat

Seksyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) adalah seksyen di bawah Bahagian Pembangunan Insan yang mengendalikan program-program yang memberi bantuan ekonomi dan perumahan di dalam kawasan PERDA.
Antara program-program SPKR yang dijalankan:
  1. Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
  2. Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)
  3. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
  4. Skim Perumahan Rakyat Termiskin PERDA (SPRT)
Golongan sasar yang menerima manfaat terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40), miskin, mudah miskin  dan miskin tegar. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kepada ketua keluarga bagi mengukuhkan kewangan yang membantu golongan sasar keluar dari kepompong kemiskinan.
Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sektor.
Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk Aset/ premis/ bengkel/ ruang niaga/ mesin/ peralatan bantuan/ bahan mentah, latihan/kursus kemahiran asas, bimbingan serta kos khidmat pengurusan yang disampaikan melalui PERDA.

Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut: 
  • disahkan sebagai Miskin Tegar dan Miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri /Daerah / PERDA; atau
  • bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KPLB.
 
Komponen Dan Kadar Bantuan
Kadar bantuan bagi seorang peserta adalah seperti berikut: 
  • bantuan maksimum bagi pelaksanaan projek ekonomi adalah sebanyak RM10,000 bergantung kepada projek yang dilaksanakan, walau bagaimanapun peruntukan projek yang diluluskan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Kementerian. Bantuan ini juga merangkumi kos latihan/kursus kemahiran asas projek yang berjumlah maksimum RM1,500 seorang, 
  • kos latihan/kursus kemahiran asas projek berjumlah RM1,500 seorang bertujuan memberi latihan/kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dilaksanakan. Latihan/Kursus kemahiran asas dan jenis kursus yang dirancang boleh dikendalikan PERDA atau lain-lain badan bertauliah yang dilantik oleh PERDA.
Jumlah Penerima Manfaat 2019 : 21 individu
Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Skim Perumahan Rakyat Termiskin (SPRT) PERDA

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.