PERDA-TECH

Image

Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Kod Berdaftar P/IPK/39/A[001] dan sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kod Pendaftaran K09007.

PERDA-TECH telah mula beroperasi sebagai Pusat Latihan PERDA sejak tahun 1987 dengan keluasan seluas 88 ekar.

Pada 16 Disember 2007, Pusat Latihan PERDA telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan penyusunan semula ke atas kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai institut pengajian yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, PERDA-TECH juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Dan Diploma Kemahiran Malaysia menawarkan kursus yang mendapat dari pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Selain itu, sebagai nilai tambah kepada graduan program-program di PERDA-TECH juga mendapat pengiktirafan daripada badan profesional seperti CISCO untuk bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawai PW2 untuk Program Sijil Teknologi Elektrik.

PERDA-TECH telah menawarkan sebanyak 7 Program di peringkat Sijil dan 6 Program di peringkat Diploma.

Senarai program di peringkat Sijil ialah :
  1. Sijil Kejuruteraan Elektrik (SKM)
  2. Sijil Teknologi Kimpalan (SKM)
  3. Sijil Teknologi Automotif (SKM)
  4. Sijil Kejuruteraan Sains Pertanian
  5. Sijil Kejuruteraan Mekanikal
  6. Sijil Senireka Pakaian
  7. Sijil Multimedia Kreatif

Senarai program di peringkat Diploma ialah :
  1. Diploma Kemahiran Malaysia (Kejuruteraan Kimpalan) (DKM)
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat) (DKM)
  3. Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DKM)
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Product Design
  5. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC Jitu
  6. Diploma Filem & Animasi
Selain program di peringkat Sijil dan Diploma PERDA-TECH juga menyediakan 4 program khas untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik menyambung pengajian dalam bidang kemahiran.

Senarai Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) seperti berikut :
  1. Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (Kimpalan)
  2. Sijil Kemahiran Khas Mekanik Kenderaan (Automotif)
  3. Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju (Senireka Fesyen)
  4. Sijil Kemahiran Khas Pendawaian Elektrik

Selain Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) melalui Unit CoAS ada melaksanakan program upskilling/reskilling jangka pendek dalam bidang kemahiran kepada komuniti dan pekerja industri. Antara kursus –kursus yang disediakan :


Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  1. Pendawai Eletrik (Pw2)
  2. Kursus Teori Prosidur Switching Voltan Tinggi 33kv
  3. Kursus Teori Dan Amali Prosidur Switching Voltan Tinggi 11kv


Jabatan Teknologi Maklumat & Multimedia
                                   

  1. Cisco It Essential Instructor
  2. Comptia A+
  3. Adobe Design Training Course Illustrator
  4. Asas Fotografi Digital Kreatif

Jabatan Teknologi Kimpalan

  1. Asas Fabriksi Logam
  2. Gtaw Process Mild Steel Plate 1g
  3. Gtaw Process Mild Steel Pipe 2"Sch 40 1g
  4. Smaw Process 6gr
  5. Smaw (Dissimilar Material -Plate Cs/Ss)


Jabatan Teknologi Pembuatan

  1. Asas 3d Prototying
  2. Asas Solid Modeling (Fusion 360/Creo Parametric)
  3. Conventional - Milling
  4. Conventional - Lathe
  5. Asas Cnc Milling (Praktikal)
  6. Asas Cnc Turning(Praktikal)
  7. Asas Edm Wire Cut(Praktikal)
  8. Asas Edm Die Sinking(Praktikal)


Jabatan Kejuruteraan Pertanian

  1. Penanaman Tanaman Secara Fertigasi
  2. Kursus Asas Pembajakan Jentera Empat Roda Dan Dua Roda


Jabatan  Senireka Fesyen

  1. Jahitan Baju Melayu
  2. Jahitan Kurung Moden
  3. Jahitan Kebaya Tradisional
  4. Asas Jahitan Jubah Wanita A-Line
  5. "Kursus Jahitan Pakaian Pengantin (Ball Gown 2 Layer) Soft Net + Horse Hair

        *Peralatan asas melakar pola dan alatan menggunting, di bawa sendiri oleh peserta."

Jabatan  Teknologi Automotif      

  1. Penyelenggaraan & Penjagaan Kenderaan


Lain-lain Kursus

  1. Kursus Induksi PP-PPD-PPB (JPK)
  2. Kursus Penanaman Cendawan
  3. Kursus Kemahiran Pra- Persaraan

Permohonan masuk ke PERDA-TECH dibuka pada bulan Mac setiap tahun dan pendaftaran pelajar ialah pada bulan Julai. Bagi mengetahui lebih lanjut berhubung PERDA-TECH , Sila klik https://www.perda-tech.edu.my/ untuk ke laman web PERDA-TECH.
 


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.