Pertandingan Kerabu Maggie Thai Anjuran KSKKP

14 Mei 2026    |     Butterworth

Biro Keluarga dan Komuniti Sosial, Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) telah menganjurkan Pertandingan Kerabu Maggie Thai bertempat di Dewan Mutiara Perdana, Ibu Pejabat PERDA.

Seramai 18 kumpulan ( 36 orang kakitangan PERDA ) telah menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dikalangan anggota. Selain itu, ianya sebagai cara anggota kerja PERDA mengurangkan tekanan ditempat kerja seiring dengan pihak Pengurusan PERDA yang mahukan kakitangannya sentiasa berfikiran positif dan ceria.

Disamping itu, pertandingan ini menjadi wadah kepada warga PERDA untuk menunjukkan bakat dalam bidang masakan.

Pertangdingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Sentuhan Rencah. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan Mexkry. Dan Ketiga 2Taste. Hadiah kemenengan telah disampaikan oleh Encik Normuslim bin Saad, Yang Di-Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA.

Pertandingan ini juga telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA serta barisan Ahli Lembaga Pengarah PERDA ke sesi Meet and Greet bersama para peserta.

Pihak KSKKP mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan PERDA kerana sentiasa menyokong program dan aktiviti yang dianjurkan oleh KSKKP. Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta kerana telah menyertai program ini. Tahniah kepada para pemenang.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.