MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

KEAHLIAN
Keahlian MBJ hendaklah mengandungi lima belas (15) orang ahli secara keseluruhannya iaitu enam (6) orang ahli yang dilantik oleh Pengurus Besar dan lapan (8) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja.


MESYUARAT
Diadakan empat (4) bulan sekali iaitu tiga (3) kali setahun.
Korum mesyuarat ialah tidak kurang daripada 50% iaitu empat (4) orang ahli Pihak Pegawai dan empat (4) orang ahli Pihak Pekerja.

BIDANG DAN FUNGSI
Bidang dan fungsi Majlis tertumpu kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:
  1. Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan;
  2. Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka jalankan;
  3. Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan 
  4. Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi PERDA serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

CARTA ORGANISASI


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA