10 Januari 2023 | Pulau Pinang
Mengikuti Kursus Seni Reka Fesyen di PERDA-TECH menyedarkan saya jahitan akan menjadi bidang kerjaya saya – Izzah.
Walaupun keadaan fizikal yang tidak seperti kebanyakan orang lain, bagi Nurul Izzah Mohammad Asri, 24 tahun, ia bukanlah halangan untuk beliau membina impian dan kerjaya di dalam hidupnya.
Bermula dengan mengikuti kelas jahitan sekadar ‘suka-suka’ anjuran Kemas di tempatnya, telah menimbulkan minat untuk mengorak jalan yang lebih bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu jahitan. “Saya belajar di PERDA-TECH selama dua tahun."
Bermula dengan mengkuti Program Khas Sukses Kursus Asas Kemahiran Seni Reka Fesyen selama enam bulan dan kemudian menyambung diperingkat sijil untuk kursus yang sama selama satu setengah tahun lagi. “Di PERDA-TECH saya belajar buat baju dan sulam. Di sini juga saya belajar mengawal kelajuan mesin jahit, cara memotong baju dan cara ambil ukuran. Pensyarah mengajar saya bagaimana nak pastikan jahitan itu kemas dan pastikan pola jahitan sempurna,” ujar beliau.