
PERDA4U merupakan wadah yang dimulakan bermula tahun 2019 hasil cadangan daripada mantan Pengerusi PERDA bagi memenuhi aspek sosial dan kebajikan masyarakat dan golongan sasar di Pulau Pinang.
PERDA4U diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA sebagai Pengerusi, dengan diurusetiakan oleh Bahagian Pembangunan Insan dan Jawatan Kuasa terdiri daripada pegawai-pegawai dari pelbagai bahagian
dalam agensi PERDA. Selain itu, PERDA juga mendapat kerjasama erat dari PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd bagi pelaksanaan sesuatu program.
Matlamat PERDA4U ialah menjadi satu wadah mempermudahkan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi menghulurkan tangan mempercepatkan dan mempermudahkan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Ini termasuklah menyediakan kemudahan dari segi barangan dan juga perkhidmatan yang diperlukan oleh golongan tersebut.
PERDA4U menjadi medium perantara kepada pelbagai badan korporat dan NGO dalam pelaksanaan Corporate Social Responsibility (CSR).
Antar program-program yang telah dijalankan oleh PERDA4U pada tahun 2024/2025, termasuklah seperti berikut:-
- Program Khidmat Masyarakat Bantuan Pasca Banjir yang telah dijalankan (Disember 2024)
- Program Edaran Sahur bersempena kehadiran Ramadhan tahun 2025 (Mac 2025)
- Program Pengagihan Bakul Makanan kepada golongan sasar sempena Ramadhan 2025 (Mac 2025)
- Bantuan Bakul Makanan sempena Karnival Sukan Belia 4B (Jun 2025)
- Program Penyediaan Bakul Makanan Program Sayangi Masyarakat Lembah Tasek 2025 (Julai 2025)
Golongan sasar PERDA4U adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40), miskin, miskin tegar dan juga golongan gelandangan. Program-program PERDA4U adalah dirangka dari semasa ke semasa, bergantung kepada keperluan semasa dan sebagai satu pergerakan yang bersedia bagi mendepani situasi semasa yang memerlukan seperti mengaktifkan usaha-usaha awal menghadapi bencana pada peringkat besar.
PERDA4U adalah inisiatif PERDA sendiri dalam mendepani aspek sosial dan kebajikan. Tiada peruntukan khas bagi menggerakkan program ini melainkan sumbangan dari kakitangan PERDA dan syarikat-syarikat persendirian di Pulau Pinang. Usahasama daripada badan persendirian bagi menjalankan Kerjasama Sosial Korporat bersama PERDA4U adalah amat dialu-alukan.