Luar Bandar Cerdik STEM

Program Luar Bandar Cerdik STEM adalah merupakan sebuah program sasaran peningkatan akademik melibatkan subjek sains dan matematik atau STEM melalui kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2023 hasil kesinambungan daripada beberapa program kecemerlangan akademik yang telah PERDA laksanakan iaitu Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2006 hingga 2020, Program Peningkatan Akademik B40 pada tahun 2021 hingga 2022 dan Program Rural Outreach STEM pada tahun 2022.

Komponen utama di bawah program Luar Bandar Cerdik STEM ini adalah merangkumi tajaan program tutorial serta pelbagai bengkel dan kem pelajar yang memfokuskan kepada peningkatan minat dan pencapaian bagi subjek-subjek Sains dan Matematik/STEM di kalangan pelajar-pelajar luar bandar di negeri Pulau Pinang.


Objektif Program
  1. Mendorong minat dan kecenderungan pelajar luar bandar kepada bidang Sains dan Matematik/STEM; dan
  2. Meningkatkan pencapaian subjek Sains dan Matematik/STEM di kalangan pelajar luar bandar.

Kumpulan Sasar
Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih daripada sekolah-sekolah di bawah kawasan operasi PERDA.

Aktiviti - Aktiviti Program Luar Bandar Cerdik STEM
  • Tutorial SPM
  • Mighty STEM Tahun 6
  • English Frenzy
  • Mathzania
  • Little Scientist
  • Robotic Workshop
  • Young Math Olympiad
  • Lonjakan SPM
  • PERDA Robotic Challenge

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.