Hotel PERDA

Hotel Bahang Bay merupakan sebuah hotel milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang dibangunkan di atas Lot 15227, Mukim 2, Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Terletak di lokasi yang strategik iaitu hanya kira-kira 1 jam pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan 30 minit dari pusat bandar George Town. Selain itu, hotel ini berada berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancong popular seperti Taman Negara Pulau Pinang, Entopia Butterfly Farm, ESCAPE Theme Park dan pantai terkenal Batu Feringghi.


Hotel Bahang Bay yang bertaraf empat (4) bintang ini berdiri megah dengan 12 tingkat dan  keluasan  lantai

berjumlah 17,582 meter persegi. Menawarkan 160 bilik dan suite yang direka dengan gabungan elemen moden dan tradisional, termasuk jenis penginapan seperti Deluxe Nature View, Deluxe Partially Seaview, Premier Suite, dan Executive Premier Suite.


Selain penginapan yang selesa, Hotel Bahang Bay turut menyediakan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan tetamu antaranya:-

  1. Grand Ballroom : 1 unit - sesuai untuk majlis besar seperti perkahwinan atau persidangan
  2. Function Room  : 2 unit - sesuai untuk mesyuarat atau acara kecil
  3. Fitness & Gym Room : 1 unit - dilengkapi dengan peralatan kecergasan moden
  4. Pool : 1 unit - untuk bersantai dan beriadah
  5. Restaurant : 1 unit - menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa
  6. Business Centre & Retail : 4 unit - Menyediakan kemudahan untuk urusan perniagaan serta pilihan membeli-belah

Hotel Bahang Bay direka untuk memberikan pengalaman penginapan yang selesa, mewah dan menyenangkan kepada semua tetamu sama ada untuk tujuan percutian atau perniagaan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :-

BAHANG BAY HOTEL

  • Mariana         
  • Jufirza
  • Faizal
  • Reservation
  • 019-430 8488
  • 016-405 5083
  • 016-732 5083
  • 016-214 5083
Untuk tempahan secara atas talian :-
Laman Web Bahang Bay Hotel
Ikuti kami :
 
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA