LOGO JABATAN

  • Item 6

Logo korporat biasanya digunakan dalam pelbagai medium. Logo PERDA telah direka khas dan ianya juga adalah kunci kepada pengenalan jenama. Logo ini juga direka sebagai satu pengenalan kepada organinisasi dan menggambarkan Visi dan Misi PERDA secara terus, mudah dan efektif.
Logo Korporat PERDA terdiri dari dua elemen iaitu lambang (emblem) dan logotaip. Logo PERDA menggunakan perkataan PERDA itu sendiri iaitu akronim dari Bahasa Inggeris untuk perkataan 'Penang Regional Development Authority'. Ia dicipta sedikit unik, tanpa menggunakan jenis font tertentu tetapi dihasilkan secara artistik dengan setiap huruf diatur rapat dan bersentuhan. 

Penggunaan outline yang ditebalkan menggunakan warna biru dan boleh dianggap sebagai warna yang dominan kepada keseluruhan logo korporat.  Biru membawa maksud alam dah keharmonian dan kecekalan. Di dalamnya pula terdapat warna kelabu yang menggambarkan kesederhanaan dan kejituan para kakitangannya dalam mendepani cabaran seharian.

Sementara itu, logotaip pula hanyalah menjelaskan maksud PERDA secara keseluruhannya iaitu LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG, bagi Bahasa Melayu dan Inggeris iaitu 'PENANG REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY'. Kedua-dua tulisan menggunakan warna hitam sepenuhnya yang melambangkan keseriusan. Tulisan Bahasa Inggeris ditulis secara menyendeng (italic) bagi membezakan kedua-duanya.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA