Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dibangunkan dengan matlamat untuk mewujudkan aktiviti perindustrian kecil di satu kawasan yang lengkap serta selesa dan mengadakan ruang untuk pembesaran.
Syarat Asas Permohonan Sewaan Kilang IKS
- Tujuan aktiviti syarikat ialah aktiviti perkhidmatan perkilangan secara kecil dan sederhana yang melibatkan penghasilan, pemprosesan dan/atau pembungkusan produk-produk;
- Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun;
- Syarikat Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Keutamaan diberikan kepada syarikat yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang;
- Mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh; dan
- Mempunyai rancangan perniagaan yang baik.
Tujuan penyediaan premis adalah untuk memberi peluang kepada usahawan bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan memajukan kawasan setempat.
Penyediaan premis adalah selaras dengan fungsi PERDA iaitu memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan PERDA.
Premis-premis tersebut disewa kepada golongan sasar dengan kadar sewaan minimum.
PERDA Food Park (PFP)
PERDA Food Park (PFP) di Kubang Menerong Tasek Gelugor merupakan satu inisiatif melalui PERDA untuk meningkatkan industri pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian di negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, 28 unit bangunan kilang IKS di PFP yang telah dibangunkan oleh PERDA untuk disewakan di atas tapak berkeluasan 150 ekar.