Semua jenis rumah kos rendah mestilah dipohon dengan mengisi Borang PN1 yang boleh diperolehi di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR. Lengkapkan borang berkenaan dan kembalikan semula ke Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri.
Apakah kriteria pemilihan calon untuk rumah kos rendah oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Bagi setiap permohonan untuk mendapatkan satu unit rumah kos rendah, pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan melalui sistem berkomputer. Di antara kriteria-kriteria tersebut adalah tempat lahir, pendapatan RM2500 kebawah, jumlah tanggungan, lama mendaftar, tempoh bermastautin di Pulau Pinang, bekas perajurit, taraf kediaman sekarang, sebab-sebab memerlukan tempat tinggal dan pekerjaan.
Bolehkah seseorang individu memiliki lebih dari seunit rumah kos rendah?
Bagaimanakah cara untuk memohon rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA?
Rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA boleh dipohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat PERDA atau muat turun di www.perda.gov.my.
Di manakah borang permohonan rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA perlu dihantar?
Semua borang tersebut hendaklah dihantar sendiri atau diposkan kepada :-
Bagaimanakah sekiranya saya gagal memperolehi rumah kos rendah yang dibangunkan oleh PERDA?
Pihak yang gagal memperolehi rumah kos rendah Lembaga ini tetapi masih berminat untuk memilikinya masih boleh mengemukakan rayuan. Sebarang surat-menyurat berkaitan rayuan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pertimbangan oleh Bahagian Perumahan adalah tertakluk kepada kekosongan.
Apakah jenis premis perniagaan / lot industri PERDA untuk sewaan?
Jenis perniagaan / lot industri PERDA adalah seperti berikut :-
Berapakah kadar sewaan bulanan yang dikenakan?
Kadar sewaan bulanan bergantung kepada jenis premis perniagaan / lot industri PERDA.
Bilakah bayaran sewaan bulanan perlu dibuat?
Bayaran sewaan bulanan perlu dibuat pada minggu pertama setiap bulan.
Bagaimanakah cara bayaran sewaan bulanan?
Cara bayaran adalah seperti berikut :-
Bagaimanakah penamatan sewaan oleh penyewa dibuat?
Penyewa hendaklah mengemukakan Notis Bertulis 3 bulan kepada PERDA sebelum tarikh penamatan sewaan.
Bagaimanakah pemulangan deposit yang telah dibayar kepada PERDA selepas penamatan?
Deposit akan dipulangkan selepas penamatan sewaan dan dokumen lengkap dikemukakan oleh penyewa.
PERDA-TECH hanya menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil sahaja manakala bagi kursus di peringkat diploma ia dilaksanakan secara kerjasama dengan Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATiUC) di Terengganu.
Pengambilan pelajar baru dilaksanakan pada bulan Julai setiap tahun.
Selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, PERDA-TECH juga mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia sebagai pusat bertauliah yang mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). PERDA-TECH juga dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Tiada sebarang yuran pengajian dikenakan sepanjang tempoh pengajian bagi kursus peringkat sijil. Kos yuran pengajian akan ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk memberi elaun sara hidup sebanyak RM250.00 sebulan.
Pelajar yang menamatkan pengajian di PERDA-TECH sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak industri untuk bekerja dengan mereka.
Tempoh pengajian ialah 21 bulan iaitu 4 semester pengajian.
Tidak, hanya sekolah-sekolah terpilih di Pulau Pinang sahaja yang berada dalam Mutiara PDCA.
Hanya pelajar-pelajar peperiksaan utama UPSR, PMR dan SPM di sekolah-sekolah terpilih Mutiara PDCA sahaja yang layak mengikuti Mutiara PDCA.
Ya. Selain daripada PERDA, ada tiga agensi yang terlibat secara langsung dalam Mutiara PDCA iaitu Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera (BPPB) Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Tiga (3) agensi lain perlu terlibat dalam Mutiara PDCA adalah dengan satu tujuan untuk meluaskan skop PDCA agar semua sekolah kebangsaan mendapat manfaat dan memastikan kejayaan Pulau Pinang dalam peperiksaan utama UPSR, PMR dan SPM adalah meningkat setiap tahun.
Mutiara PDCA telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dengan nama Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) sahaja dan kemudian dijenamakan semula dengan nama Mutiara PDCA pada 29 Januari 2011.
Matlamat Mutiara PDCA adalah meningkatkan prestasi akademik (kualiti dan kuantiti) di kalangan pelajar peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di negeri Pulau Pinang.
PERDA tidak boleh memberi bantuan kewangan samada dalam bentuk wang ringgit, kemudahan komputer atau lain-lain kerana peruntukan tahunan pendidikan telah disalurkan kepada aktiviti-aktiviti Mutiara PDCA.
Program Belia Pewaris Nusa.
Belia dan beliawanis yang dilahirkan di negeri Pulau Pinang.
Program adalah PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.
Tuan/Puan boleh mendaftar dengan menghadirkan diri mendapatkan borang penyertaan di Bahagian Pembangunan Insan, Pejabat PERDA atau menghubungi pegawai yang terlibat : Encik Norhafizam bin Sirat di talian 04-3141269.
Berbagai jenis bantuan disediakan di dalam bentuk mesin dan peralatan untuk perniagaan jajaan, minuman, jahitan, nelayan, pertukangan dan lain-lain lagi mengikut kebolehan dan kemahiran tuan/puan.
Tidak, tuan/puan tidak boleh memohon kepada PERDA. Bantuan-bantuan ini hanya diberikan kepada mereka yang berada dalam senarai e-Kasih sahaja.
Bantuan tersebut adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000.
Sekiranya tuan/puan didaftarkan didalam senarai e-Kasih, tuan/puan layak untuk mengikuti sebarang kursus yang dianjurkan. Pendaftaran e-Kasih boleh dibuat melalui PERDA dan semua agensi persekutuan yang terlibat di bawah Program Pembasmian Kemiskinan.
Terdapat beberapa usaha PERDA bagi membantu para usahawan bumiputera Pulau Pinang mampu berdaya saing dalam perniagaan. Ini bagi memastikan usahawan-usahawan dapat bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar dewasa ini. Antara bantuan-bantuan yang dapat dipertimbangkan untuk diberi kepada para usahawan adalah seperti berikut:-
Para usahawan yang ingin mendaftar untuk menjadi usahawan PERDA mestilah mengikuti sekurang-kurangnya satu program kursus yang dianjurkan oleh PERDA. Untuk makluman, siri-siri kursus keusahawanan boleh diikuti sepanjang tahun. Borang boleh dihantarkan melalui pos atau email.
Bagi usahawan-usahawan yang telah mengikuti program-program/kursus-kursus keusahawanan anjuran PERDA dan telah mendaftar menjadi usahawan PERDA, usahawan-usahawan terbabit adalah berkelayakan untuk dipertimbangkan permohonan bagi mendapat bantuan pembungkusan dan pelabelan. Walaubagaimanapun, selain akan dinilai oleh jawatankuasa yang terbabit, kelayakan ini tertakluk kepada beberapa perkara di bawah:-
- Mengeluarkan produk sendiri
- Mendaftar syarikat
- Bekerja sepenuh masa
- Beroperasi di Pulau Pinang
Buat masa sekarang, PERDA hanya dapat membantu para usahawan yang menjalankan operasi di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja.
Apakah bentuk bantuan yang dapat dihulurkan PERDA kepada usahawan-usahawan bumiputera Pulau Pinang?
Terdapat beberapa usaha PERDA bagi membantu para usahawan bumiputera Pulau Pinang mampu berdaya saing dalam perniagaan. Ini bagi memastikan usahawan-usahawan dapat bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar dewasa ini. Antara bantuan-bantuan yang dapat dipertimbangkan untuk diberi kepada para usahawan adalah seperti berikut:-
a) Bantuan pembungkusan kepada para usahawan yang layak
b) Kursus-kursus keusahawanan
c) Program-program promosi / pemasaran produk anjuran PERDA
d) Khidmat nasihat
Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai usahawan PERDA?
Para usahawan yang ingin mendaftar untuk menjadi usahawan PERDA mestilah mengikuti sekurang-kurangnya satu program kursus yang dianjurkan oleh PERDA. Untuk makluman, siri-siri kursus keusahawanan boleh diikuti sepanjang tahun. Borang boleh dihantarkan melalui pos atau email.
Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon bantuan packaging (pembungkusan & pelabelan)?
Bagi usahawan-usahawan yang telah mengikuti program-program/kursus-kursus keusahawanan anjuran PERDA dan telah mendaftar menjadi usahawan PERDA, usahawan-usahawan terbabit adalah berkelayakan untuk dipertimbangkan permohonan bagi mendapat bantuan pembungkusan dan pelabelan. Walaubagaimanapun, selain akan dinilai oleh jawatankuasa yang terbabit, kelayakan ini tertakluk kepada beberapa perkara di bawah:-Mengeluarkan produk sendiri
- Mendaftar syarikat
- Bekerja sepenuh masa
- Beroperasi di Pulau Pinang
Untuk makluman, PERDA bekerjasama dengan pihak SIRIM dan MARDI untuk program pembungkusan bagi memastikan kualiti dan produk serta pembungkusan itu sendiri.
Adakah usahawan-usahawan yang menjalankan operasi di luar Pulau Pinang dapat mendaftar sebagai usahawan PERDA sekaligus mengikuti program-program pembangunan usahawan PERDA?
Buat masa sekarang, PERDA hanya dapat membantu para usahawan yang menjalankan operasi di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja.
Penilaian prestasi untuk PYD seperti ini perlu juga disediakan, namun tindakan yang sesuai boleh diambil ke atas pegawai kerana keengganan mereka itu boleh dianggap satu perbuatan ingkar perintah.
Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.
APC tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan anggota kepada organisasi. Ini bermakna anggota yang tidak lulus PTK masih berpeluang dipertimbangkan untuk APC.
a) Untuk menentukan penilaian prestasi Anggota Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil dan telus, proses penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang dinilai. Anggota Penilai boleh melaksanakan melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini Anggota Penilai dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota berkenaan.
b) Penilaian prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD berbanding dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui kriteria penilaian yang ditetapkan dalam borang LNPT.
c) Untuk menentukan ketelusan penilaian, Anggota Penilai hendaklah memaklumkan kekuatan dan kelemahan PYD semasa membuat penilaian.
Tidak boleh. PPK hanya boleh membuat penilaiannya sendiri dan mengisi di ruangan PPK yang telah ditetapkan. Hanya PPSM sahaja yang boleh mengubah atau menyelaras markah penilaian prestasi PYD.
Adakah akan timbul sentimen ‘pilih kasih’ dalam membuat penilaian prestasi?
Masalah pilih kasih tidak sewajarnya berbangkit. Ini kerana dalam panduan SPP dan borang LNPT telah menetapkan penilaian prestasi PYD hendaklah berasaskan kepada pencapaian hasil kerja sebenar SKT dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Sewajarnya pelaksanaan LNPT perlulah selaras dengan kriteria yang telah ditetapkan.
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam di PERDA hendaklah dibuat secara online melalui laman Sistem Perjawatan PERDA iaitu di http://erecruit.perda.gov.my
Saya telah memohon jawatan di PERDA. Bilakah saya akan dipanggil temuduga?
Semua permohonan yang telah memohon jawatan di PERDA akan dipanggil temuduga sekiranya:
- Permohonan online yang lengkap
- Memenuhi syarat skim perkhidmatan yang dipohon dan
- Melepasi tapisan asas yang ditetapkan
Iklan jawatan kosong hanya akan disiarkan melalui laman web PERDA, laman web Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA TECH) dan platform media sosial. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat kekosongan jawatan di PERDA.
Perlukah saya menghantar biodata /maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan di PERDA?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam di PERDA hendaklah dibuat secara online melalui laman Sistem Perjawatan PERDA iaitu di http://erecruit.perda.gov.my
Mengapa pegawai sedang berkhidmat perlu memohon melalui Ketua Jabatan?
Syarat mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan yang dikenakan kepada pegawai sedang berkhidmat ada dinyatakan dalam perintah Am 17(P.U(A) 176/2005). Tujuan ialah supaya ketua jabatan dapat menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Prestasi serta Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini sekiranya pegawai berjaya dipanggil temuduga.
Tidak semua pusat pengajian tinggi (IPT) terutamanya IPTS samada di dalam atau di luar Negara. Oleh itu, mereka yang ingin berkhidmat dengan perkhidmatan Awam di PERDA perlu memastikan IPT atau kelayakan yang mereka perolehi dan IPT berkenaan telah diiktiraf oleh kerajaan. Semakan boleh dibuat dengan Jabatan berkenaan.
Semua keputusan temuduga sama ada yang berjaya atau gagal, akan dimaklumkan kepada anda melalui surat / emel / sms terus ke nombor telefon bimbit. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup juga adalah dianggap tidak berjaya.
Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan diperingkat berkenaan.
Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada pegawai sambilan, pegawai sementara dan pegawai kontrak. Pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.
Tidak diambilkira. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih beryakinan.
Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS.
Berapa lamakah tempoh pembayaran dibuat?
Tempoh pembayaran dibuat adalah selama 2 minggu selepas invois diterima dengan lengkap dan setelah semua bekalan atau perkhidmatan telah selesai dibuat dan telah diakui perkhidmatan.
Bagaimanakah cara pembayaran sewaan atau pajakan bulanan boleh dibuat?
Bayaran sewa atau pajakan bulanan boleh dibuat di kaunter di Bahagian Kewangan, PERDA Tingkat 5, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth atau juga boleh dibayar melalui Bank Islam sama ada terus ke kaunter atau menerusi perbankan internet kepada pemegang smartcard BIMB sahaja.
Bagaimana PERDA mengiklankan sebutharga atau tender?
PERDA mengiklankan sebutharga di dalam laman web PERDA yang boleh dilayari di www.perda.gov.my dan juga notis sebutharga dilekatkan di papan kenyataan PERDA. Untuk iklan tender, PERDA akan mengiklankan di dalam surat khabar utama berbahasa melayu dan juga melalui laman web PERDA.
Bagaimanakah cara pembekal atau kontraktor ingin mendaftar sebagai kontraktor atau pembekal potensi dengan PERDA?
Pembekal atau kontraktor yang ingin berdaftar dengan PERDA boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang pendaftaran pembekal atau kontraktor melalui laman web PERDA di www.perda.gov.my ataupun datang sendiri ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan borang pendaftaran.
Bila dan dimanakah dokumen sebutharga atau tender boleh dibeli?
Dokumen sebutharga atau tender boleh dibeli di Kaunter Kutipan Hasil, Bahagian Kewangan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, No. 1 Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth.