Program Perkongsian Ilmu Fiqh Wanita 2026 : Siri 2

15 Mei 2026    |     Butterworth

Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA PERDA telah berjaya menganjurkan Program Perkongsian Ilmu Fiqh  Wanita 2026 : Siri 2 bertempat di Surau Tingkat 4, PERDA dengan penglibatan ahli-ahli PUSPANITA PERDA.

Program ini telah disampaikan oleh Ustazah Asma binti Adnan daripada YADIM yang membawakan dua pengisian utama iaitu berkaitan pengorbanan seorang pekerja dan ibu yang berkerjaya serta “Thaharah: Asas Kesucian dalam Ibadah Harian”.

Dalam sesi perkongsian, penceramah menekankan kepentingan bekerja dengan amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan pujian manusia kerana Allah SWT melihat kepada hati dan keikhlasan seseorang. Peserta turut diingatkan bahawa amalan yang paling dicintai Allah SWT ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Selain itu, para peserta turut diberikan pendedahan berkaitan konsep thaharah yang merangkumi kepentingan bersuci melalui wuduk dan mandi wajib serta menjaga kebersihan pakaian, badan dan tempat solat. Pengisian ini turut menekankan bahawa kebersihan dan kesucian merupakan sebahagian daripada iman dan asas penting dalam pelaksanaan ibadah harian.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat serta meningkatkan penghayatan ilmu agama dalam kalangan ahli PUSPANITA PERDA.

-???? ????? ??? ??????????-

 

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA