Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) 2025

Lembaga Kemajuan Wilayah Negeri Pulau Pinang (PERDA) akan menganjurkan PROGRAM RURAL APPRENTICE ENTREPRENEURSHIP PERDA (PREP) bagi memberi peluang kepada masyarakat Pulau Pinang menjana pendapatan tambahan. Golongan sasar bagi program ini adalah di kalangan kumpulan berpendapatan rendah (B40), usahawan yang terkesan akibat pasca pandemik covid 19 dan usahawan baharu yang mempunyai kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.

a) Syarat-Syarat Peserta (Mentee) :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun
  • Tinggal di kawasan Pulau Pinang
  • Berminat untuk menjadi usahawan
  • Memiliki lesen memandu kenderaan  
b) Penyertaan adalah terhad berdasarkan bidang yang ditetapkan;
c) Penyertaan adalah PERCUMA;
d) Bantuan peralatan akan diberikan kepada peserta yang layak dan mencukupi syarat PREP;
e) Pelaksanaan program adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan kesesuaian dari masa ke semasa;
f) Peserta yang terpilih akan dimaklumkan oleh urusetia melalui hebahan E-mel / Whatsapp.

Bina kerjaya bersama PERDA.
Penyertaan adalah percuma, sertai sekarang!

Untuk pendaftaran sila klik link berikut:
 
Tarikh Tutup Pendaftaran adalah 30 April 2025.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:-

  • Encik Razlin : 04-3141255
  • Encik Saifol : 04-3141 257

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA