21 Julai 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Program Bicara Ilmu bertajuk “Rasuah dan Integriti” telah dianjurkan dengan tujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menghayati nilai integriti dalam usaha membanteras rasuah.
Seramai 155 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PERDA di peringkat pengurusan, profesional serta kumpulan pelaksana telah menyertai program ini.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ketua Unit Integriti FELCRA Berhad, Tuan Zool Amali bin Omar. Sepanjang program, beliau menekankan kepentingan mengamalkan integriti dalam setiap urusan harian, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab di PERDA.
Turut ditekankan ialah peranan integriti sebagai asas ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus organisasi.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PERDA dalam memupuk dan mengukuhkan budaya integriti, ketelusan serta amalan tadbir urus yang baik di setiap peringkat organisasi.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas