9 September 2025 | Hotel Iconic, Bukit Mertajam
Pada 9 September 2025, Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Siri 1/2025 telah dianjurkan melibatkan penyertaan warga kerja PERDA, khususnya daripada Kumpulan Pelaksana.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman warga kerja PERDA terhadap kepentingan integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Di samping itu, program ini turut menekankan pembudayaan nilai-nilai murni seperti amanah, ketelusan dan tanggungjawab dalam setiap tindakan serta keputusan kerja harian. Penekanan turut diberikan kepada aspek pencegahan salah laku seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, melalui pendedahan kepada mekanisme pencegahan dan saluran pelaporan yang betul.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen PERDA dalam menyokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang bebas rasuah, berlandaskan tadbir urus yang cekap serta berteraskan integriti.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas