Lawatan Penanda Aras Pejabat Integriti FELCRA Berhad ke Unit Integriti PERDA

21 Julai 2025    |    Ibu Pejabat PERDA

Unit Integriti PERDA telah menerima lawatan penanda aras daripada Pejabat Integriti FELCRA Berhad yang diketuai oleh Ketua Integriti FELCRA Berhad, Tuan Zool Amali bin Omar bersama tiga orang pegawai pengiring.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, khususnya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dalam memperkasakan agenda integriti.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Unit Integriti PERDA, Puan Jazraini binti Jaapar, yang membentangkan peranan, inisiatif serta pelaksanaan program integriti di PERDA.

Sesi tersebut turut diikuti dengan perbincangan dua hala yang memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik, khususnya dalam pelaksanaan tadbir urus integriti di FELCRA.

PERDA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Integriti FELCRA Berhad atas kesudian mengadakan lawatan ini serta perkongsian ilmu yang amat bermakna.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.