PERDA4U

LOGO PERDA4U.jpeg

Program yang digerakkan bermula tahun 2019 hasil cadangan daripada mantan Pengerusi PERDA dalam memenuhi aspek sosial dan kebajikan masyarakat di Pulau Pinang.

PERDA4U diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan sebagai Pengerusi, diurusetia oleh Bahagian Pembangunan Insan dan Jawatan Kuasa terdiri daripada pegawai-pegawai dari pelbagai bahagian.

Ini bagi membolehkan sokongan dan galakkan serta percambahan idea dalam menggerakkan PERDA4U. 

 

Matlamat PERDA4U ialah menjadi feeder kepada agensi kerajaan lain seperti Zakat Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mempermudahkan dan mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada golongan yang disasarkan. PERDA4U menjadi medium perantara kepada pelbagai badan korporat dan NGO dalam pelaksanaan Corporate Social Responsibility (CSR).

Program-program utama PERDA4U:

  1. Program Usahawan Mentor Mantee
  2. Program Food Bank
  3. Program Pusat Pengumpulan Barangan Dan Keperluan Asas Harian
  4. Program Latihan Dan Bimbingan 

Golongan sasar PERDA4U adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40), miskin, miskin tegar dan gelendangan. Bergantung kepada bentuk program dan situasi semasa seperti pandemik Covid-19 penerima bantuan juga terdiri daripada petugas barisan hadapan.

PERDA4U adalah inisiatif PERDA sendiri dalam mendepani aspek sosial dan kebajikan. Tiada peruntukan khas yang diperuntukkan bagi menggerakkan program ini melainkan sumbangan dari kakitangan PERDA dan syarikat-syarikat di Pulau Pinang. Usahasama daripada badan persendirian bagi menjalankan CSR bersama PERDA4U adalah amat dialu-alukan. 


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA