KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

   
 Nama : Puan Noor Hayati binti Ishak
Jawatan : Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)
E-mel : hayati[at]perda.gov.my
No. Telefon : 04 – 3141 108
No. Faks : 04 – 3321 676
   

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

  1. Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;
  2. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
  3. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
  4. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
  5. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/ Negeri/ Agensi dengan:
    1. Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
    2. Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan
    3. Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global; dan
  6. Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA