Visi
Agensi pembangunan wilayah yang dinamik dalam menerajui pelaksanaan pembangunan Wilayah Pulau Pinang.
Misi
Agensi yang menggerak pembangunan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan dan pengurusan program/projek sosioekonomi yang berkesan melalui tadbir urus yang baik.
Moto
Merealisasikan Harapan Rakyat.
Objektif
- Memajukan masyarakat khususnya kumpulan sasar PERDA dalam semua bidang sosioekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup;
- Membangunkan kawasan PERDA menerusi pembangunan industri, perumahan serta kemudahan infrastruktur; dan
- Mengimbangi pembangunan di dalam kawasan operasi PERDA dengan kawasan di luar operasi PERDA.
Fungsi
- Memaju, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;
- Memaju, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan
- Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas di dalam Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.