177 pelajar dari keluarga B40 terima bantuan awal persekolahan 2021

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

22 Disember 2020, Tasek Gelugor, SPU

Sebanyak RM28,320.00 telah diperuntukkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVI) untuk membantu seramai 177 orang pelajar dari keluarga B40 yang menetap di kawasan Kepala Batas dan Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. 

“Ia bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dari golongan ini yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak untuk sesi persekolahan bermula pada Mac tahun 2021,” demikian antara ucapan Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd. Ishak ketika merasmikan Program Kembali ke Sekolah, anjuran PERDA dengan kerjasama PVI di Midtown, Kubang Menerong. 

Tambah beliau lagi, setiap pelajar yang dibantu ini diberi baucar bernilai RM160 yang meliputi sepasang baju sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan sebuah beg. Barang-barang ini boleh diperolehi dari kedai yang dilantik oleh PERDA. 

Di program yang sama, Khaliq mengambil kesempatan untuk menasihati ibu bapa pelajar yang hadir untuk bersama-sama kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes yang tinggi setiap hari dengan mematuhi garis panduan (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. 

Selain dari kehadiran ibu bapa dan para pelajar yang menerima bantuan persekolahan di majlis ini, turut bersama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Rosli Ibrahim.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.