Pemantapan Pengurusan Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Taman Sungai Dua Utama

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

15-16 Ogos 2020, Batu Ferringhi, Daerah Timur Laut

Bengkel selama dua hari telah diadakan di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi bagi menyemak semula peraturan sedia ada dan merancang penambahbaikan pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Taman Sungai Dua Utama (PTSDU). 

Bengkel anjuran PERDA ini bermatlamat untuk memantapkan lagi pengurusan JMB Taman Sungai Dua Utama yang telah wujud sejak lapan tahun yang lalu. 

Selain dari semakan semula prosedur dan peraturan yang dilaksanakan oleh JMB PTSDU ini, ahli jawatankuasa juga berpeluang mempelajari pengalaman pengurusan yang dilaksanakan oleh JMB Pangsapuri Taman Delima Indah, Juru. 

Di bengkel ini, PERDA turut membawa dua orang pegawai wakil Pesuruhjaya Bangunan MBPP untuk membolehkan semua peserta bengkel bersoal jawab berkaitan isu-isu berbangkit berkaitan pengurusan pangsapuri. 

PTSDU ditubuhkan pada tahun 2012 berikutan pembangunan projek hartanah PERDA di Sungai Dua yang merangkumi pembangunan pangsapuri kos rendah. Pangsapuri dua blok yang dibangunkan ini menyediakan sebanyak 266 unit rumah. Sehingga kini JMB PTSDU keanggotaannya terdiri daripada dua belas ahli jawatankuasa.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.