Amanah Tanpa Kompromi, Sinergi Peguam Dalam Tadbir Urus Sektor Awam

25 September 2026    |     Butterworth
 

Pada 25 September 2026 (Jumaat), PERDA telah menganjurkan program bertajuk “Amanah Tanpa Kompromi: Sinergi Peguam dalam Tadbir Urus Sektor Awam” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Faizal bin Kamarudin, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang merangkap Ahli Lembaga Pengarah PERDA. Program tersebut diadakan bersempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Panel Peguam PERDA bagi Tempoh 2026–2028 yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA, Butterworth.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peguam yang dilantik untuk memberikan perkhidmatan perundangan kepada PERDA sepanjang tempoh pelantikan berkenaan. Penganjuran sesi perkongsian ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PERDA dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang baik serta membudayakan nilai integriti, akauntabiliti dan amanah dalam pelaksanaan fungsi organisasi.

Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa menitikberatkan aspek integriti, PERDA berusaha memastikan nilai dan prinsip yang menjadi teras organisasi turut difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua pihak berkepentingan termasuk rakan strategik serta pihak yang berurusan dengan agensi ini. Sehubungan itu, panel peguam PERDA dipilih sebagai kumpulan sasaran bagi program ini memandangkan peranan penting mereka sebagai rakan profesional yang menyokong pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab organisasi.

PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, profesionalisme dan kerjasama yang diberikan oleh semua panel peguam yang dilantik. Adalah diharapkan agar penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh pembudayaan integriti dan tadbir urus cemerlang, sekali gus menyokong usaha PERDA dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan, telus dan berintegriti kepada masyarakat serta seluruh pemegang taruh.

 
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.