13 Ogos 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Program Bicara Ilmu bertajuk “Akta 605 & Anda: Sebagai Pegawai PERDA, Apa Yang Perlu Saya Tahu?” secara dalam talian bermula jam 9.15 pagi hingga 11.00 pagi.
Penganjuran program secara dalam talian ini bertujuan menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dalam kalangan warga kerja PERDA, di samping menyediakan alternatif penganjuran program sedia ada yang lebih fleksibel serta berkesan dengan kehadiran seramai 119 orang pegawai PERDA.
Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada dua sesi utama, di mana sesi pertama dimulakan dengan taklimat berkaitan Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam yang disampaikan oleh Ketua Unit Integriti PERDA, Puan Jazraini binti Jaapar. Sesi tersebut memberi penerangan terperinci mengenai keperluan pemilikan dan perisytiharan harta berdasarkan pindaan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.6 yang telah berkuat kuasa mulai 16 Jun 2026.
Program diteruskan dengan sesi kedua menerusi perkongsian utama Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang Bahagian Sumber Manusia Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Mohd Hidayat bin Zakaria.
Menerusi sesi ini, para peserta dedahkan mengenai perkara asas berdasarkan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) merangkumi aspek pengurusan tatatertib, tanggungjawab pegawai, implikasi pelanggaran tatatertib, serta perkongsian isu-isu lazim dalam perkhidmatan awam sebagai panduan dan peringatan berterusan.
Menerusi penganjuran program ini, PERDA berharap kesedaran serta pemahaman warga kerja terhadap Akta 605 dapat ditingkatkan ke tahap optimum. Langkah ini amat penting dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti, dan pematuhan peraturan agar penyampaian perkhidmatan awam sentiasa mampan dan dipercayai masyarakat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)