Pembangunan Perniagaan
Pembangunan Agrotourism Tasek Gelugor
Pembangunan Agrotourism Tasek Gelugor
- Fokus utama PERDA terhadap Program Pembangunan Agrotourism Tasek Gelugor adalah untuk memperkasakan kekayaan produk ikonik sedia ada yang juga merupakan warisan budaya komuniti setempat untuk dibangunkan sebagai kawasan tumpuan eko-pelancongan.
- Aktiviti ini juga akan membuka peluang ekonomi sebagai punca pendapatan baharu kepada penduduk setempat yang terlibat kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini masih bergantung kepada aktiviti sungai dan pertanian sebagai sumber pekerjaan.
Pembangunan Pelancongan Homestay Pulau Pinang
- Fokus Utama PERDA terhadap Program Pembangunan Pelancongan Homestay Pulau Pinang pula adalah membimbing 11 kawasan homestay di seluruh negeri ini yang terlibat dengan program homestay Pulau Pinang untuk disasarkan kepada pelancong luar dan dalam negara.
- Pelbagai aktivtii menarik bagi setiap homestay dipromosikan dan ditawarkan didalam pakej agar Program Pelancongan Homestay Pulau Pinang ini menjadi destinasi pelancongan pilihan.
Senarai Homestay di Bawah Kawal Selia PERDA
Pengurusan Kompleks PERDA Food Park
- PERDA Food Park (PFP) di Kubang Menerong Tasek Gelugor merupakan satu inisiatif melalui PERDA untuk meningkatkan industri pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian di negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, 28 unit bangunan kilang IKS di PFP yang telah dibangunkan oleh PERDA untuk disewakan.
- PFP adalah zon ekonomi yang memberi penekanan dalam pengeluaran produk makanan halal bagi menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. PFP juga mementingkan dalam aspek peningkatan prestasi syarikat pengeluar di samping untuk mengekalkan integriti halal yang di perolehi serta berusaha kearah meminimumkan kesan kepada persekitaran.
- PFP juga telah diiktiraf sebagai HALMAS oleh Halal Development Corporation (HDC), ini bermakna ianya menjadi salah satu tumpuan dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang sangat berpontensi di wilayah utara.
- Pengiktirafan ini membolehkan pengeluar makanan halal dapat menikmati faedah dan insentif kewangan yang disediakan oleh kerajaan. HALMAS merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pengendali taman industri yang telah berjaya memenuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan dan ini juga merupakan tanda kecemerlangan bagi taman industri yang dapat mengekalkan kualiti dan integriti.