Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Kod Berdaftar P/IPK/39/A[001] dan sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kod Pendaftaran K09007.
PERDA-TECH telah mula beroperasi sebagai Pusat Latihan PERDA sejak tahun 1987 dengan keluasan seluas 88 ekar.
Selain itu, sebagai nilai tambah kepada graduan program-program di PERDA-TECH juga mendapat pengiktirafan daripada badan profesional seperti CISCO untuk bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawai PW2 untuk Program Sijil Teknologi Elektrik.
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (SKM)
- Sijil Teknologi Kimpalan (SKM)
- Sijil Teknologi Automotif (SKM)
- Sijil Kejuruteraan Sains Pertanian
- Sijil Kejuruteraan Mekanikal
- Sijil Senireka Pakaian
- Sijil Multimedia Kreatif
Senarai program di peringkat Diploma ialah :
- Diploma Kemahiran Malaysia (Kejuruteraan Kimpalan) (DKM)
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat) (DKM)
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DKM)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Product Design
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC Jitu
- Diploma Filem & Animasi
Senarai Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) seperti berikut :
-
Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (Kimpalan)
-
Sijil Kemahiran Khas Mekanik Kenderaan (Automotif)
-
Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju (Senireka Fesyen)
-
Sijil Kemahiran Khas Pendawaian Elektrik
Selain Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) melalui Unit CoAS ada melaksanakan program upskilling/reskilling jangka pendek dalam bidang kemahiran kepada komuniti dan pekerja industri. Antara kursus –kursus yang disediakan :
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Pendawai Eletrik (Pw2)
- Kursus Teori Prosidur Switching Voltan Tinggi 33kv
- Kursus Teori Dan Amali Prosidur Switching Voltan Tinggi 11kv
Jabatan Teknologi Maklumat & Multimedia
- Cisco It Essential Instructor
- Comptia A+
- Adobe Design Training Course Illustrator
- Asas Fotografi Digital Kreatif
Jabatan Teknologi Kimpalan
- Asas Fabriksi Logam
- Gtaw Process Mild Steel Plate 1g
- Gtaw Process Mild Steel Pipe 2"Sch 40 1g
- Smaw Process 6gr
- Smaw (Dissimilar Material -Plate Cs/Ss)
Jabatan Teknologi Pembuatan
- Asas 3d Prototying
- Asas Solid Modeling (Fusion 360/Creo Parametric)
- Conventional - Milling
- Conventional - Lathe
- Asas Cnc Milling (Praktikal)
- Asas Cnc Turning(Praktikal)
- Asas Edm Wire Cut(Praktikal)
- Asas Edm Die Sinking(Praktikal)
Jabatan Kejuruteraan Pertanian
- Penanaman Tanaman Secara Fertigasi
- Kursus Asas Pembajakan Jentera Empat Roda Dan Dua Roda
Jabatan Senireka Fesyen
- Jahitan Baju Melayu
- Jahitan Kurung Moden
- Jahitan Kebaya Tradisional
- Asas Jahitan Jubah Wanita A-Line
- "Kursus Jahitan Pakaian Pengantin (Ball Gown 2 Layer) Soft Net + Horse Hair
*Peralatan asas melakar pola dan alatan menggunting, di bawa sendiri oleh peserta."
Jabatan Teknologi Automotif
- Penyelenggaraan & Penjagaan Kenderaan
Lain-lain Kursus
- Kursus Induksi PP-PPD-PPB (JPK)
- Kursus Penanaman Cendawan
- Kursus Kemahiran Pra- Persaraan
Permohonan masuk ke PERDA-TECH dibuka pada bulan Mac setiap tahun dan pendaftaran pelajar ialah pada bulan Julai. Bagi mengetahui lebih lanjut berhubung PERDA-TECH , Sila klik https://www.perda-tech.edu.my/ untuk ke laman web PERDA-TECH.