Pengurus Kewangan
|
||
Nama | : Nor Riyana binti Ramli | |
E-mel | : riyana[at]perda.gov.my | |
No. Telefon | : 04 – 3141 138 | |
Fungsi Bahagian Kewangan
SEKSYEN AKAUN
- Pengawalan kedudukan kewangan PERDA bagi memastikan sumber kewangan mencukupi dan urusan penyediaan Penyata Kewangan tahunan PERDA untuk dihantar kepada Jabatan Audit Negara.
- Memohon pinjaman dan pengeluaran peruntukan.
- Menjawab teguran Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam.
- Mewujudkan rekod-rekod perakaunan bagi Wang Peruntukan Pembangunan & Mengurus, Wang Hasil dan Amanah.
- Menentukan sistem kewangan & akaun PERDA adalah teratur & mematuhi prosedur yang sedang berkuatkuasa serta mengeluarkan peraturan baru.
- Semua pembayaran tuntutan bil projek pembangunan & mengurus.
- Pembayaran gaji, elaun, tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.
- Memastikan semua bayaran & terimaan diakaunkan dengan betul.
- Memastikan bayaran balik pinjaman kerajaan persekutuan dibuat di dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pengurusan dan Pengawalan Lejer dan akaun Wang Amanah dan Penyata Penyesuaian Bank.
- Memastikan semua modul dalam Sistem SAGA sentiasa dikemaskini dan berjalan lancar.
- Urusetia Exit Conference ke atas Pengauditan Penyata Kewangan PERDA dan Pengurusan Kewangan PERDA.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akuan PERDA.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Khas Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
- Urusan pindah Peruntukan Mengurus dan Belanja Mengurus.
- Menyediakan Laporan Perbelanjaan bulanan dan suku tahun bagi Peruntukan dan Belanja Mengurus.
- Menerima, merekod dan mengedar surat-surat dan menyelenggara fail-fail dan peralatan pejabat.
- Memastikan Peraturan dan Pekeliling Kewangan berkaitan Seksyen Akaun sentiasa dikemaskini mengikut pindaan-pindaan terkini yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
- Menyediakan surat-surat, memo, minit mesyuarat, laporan, jadual, kertas kerja dan sebagainya yang berkaitan Seksyen Akaun.
SEKSYEN PENGURUSAN KEWANGAN
- Urusetia Lembaga Perolehan, Urusetia Jawatankuasa Sebutharga dan Urusetia Jawatankuasa Pelantikan Perunding.
- Urusetia Jawatankuasa Pembiayaan Perumahan PERDA.
- Menguruskan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
- Menguruskan pengeluaran peruntukan mengurus.
- Penyediaan & Penyelarasan permohonan belanjawan mengurus.
- Urusan peruntukan tambahan mengurus & belanja mengurus.
- Urusan penggunaan sumber dalaman.
- Pemantauan ke atas penyaluran peruntukan.
- Menyelaras urusan panggilan tender & sebutharga, urusan pengeluaran pesanan kerajaan.
- Menguruskan permohonan pinjaman untuk melaksanakan projek-projek / program PERDA.
- Memastikan Module Purchasing & Staff Loan di dalam Sistem SAGA sentiasa dikemaskini dan berjalan lancar.
- Memastikan Peraturan dan Pekeliling Kewangan berkaitan Seksyen Kewangan sentiasa dikemaskini mengikut pindaan-pindaan terkini yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
- Menyediakan surat-surat, memo, minit mesyuarat, laporan, jadual, kertas kerja dan sebagainya yang berkaitan Seksyen Kewangan.
SEKSYEN KUTIPAN HASIL
-
Mengutip hasil sewaan bagi gerai, tapak IKS, rumah kedai, kilang, pajakan tanah dan lain-lain.
-
Mengutip hasil jualan bagi projek perumahan, keddai, IKS.
-
Mengutip bayaran balik Skim Pinjaman Mudah Usahawan.
-
Mengutip bahagian keuntungan PERDA dalam projek usahasama/penswastaan dan menyediakan penyata pemungut mingguan.
-
Mengemukakan laporan kepada PUU untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat tunggakan hasil PERDA yang melebihi tempoh.
-
Menyediakan laporan kutipan hasil PERDA dan jangkaan kutipan hasil PERDA dan memastikan Sistem Maklumat Kutipan Hasil berkomputer berjalan lancar.
-
Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kredit.
-
Memastikan Sistem Front-End-Receipting (FER) berjalan lancar.
-
Memastikan Peraturan dan Pekeliling Kewangan berkaitan Seksyen Kutipan Hasil sentiasa dikemaskini mengikut pindaan-pindaan terkini yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
-
Menyediakan surat-surat, memo, minit mesyuarat, laporan, jadual, kertas kerja dan sebagainya yang berkaitan Seksyen Kutipan Hasil.