Ketua Unit Komunikasi Korporat
|
||
Nama | : Mohammad Affendi bin Mohd. Nor | |
E-mel | : affendi[at]perda.gov.my | |
No. Telefon | : 04 – 3141 288 | |
Fungsi Unit Komunikasi Korporat
-
Memberi penerangan kepada orang ramai berkenaan objektif, misi dan wawasan agensi serta menghebahkan aktiviti dan program yang dijalankan oleh agensi dan menyelaras majlis-majlis rasmi agensi seperti perasmian projek, pecah tanah, penyerahan bantuan dan sebagainya.
- Mewujudkan hubungan yang rapat dan harmoni antara agensi dengan wartawan, jabatan-jabatan yang lain, pihak swasta, orang ramai khususnya golongan sasaran.
- Mendapatkan dan mengumpul maklumbalas orang ramai / golongan sasaran mengenai dasar-dasar, program, projek yang akan, sedang dan telah dilaksanakan oleh agensi sebagai input membaiki imej agensi dan menguruskan penglibatan agensi di dalam pameran, ekspo dan pesta.
- Mengemaskini dan mengawal pergerakan fail-fail unit. Menerima, menyemak dan merekod surat-surat dan mengemukakan kepada pegawai yang berkenaan.
- Menyelia pengumpulan maklumat, data, penulisan dan gambar untuk taklimat, laporan, majalah, pihak akhbar, laman web agensi – bertujuan publisiti agensi dan menyediakan deraf kenyataan akhbar dan teks ucapan untuk Pengerusi dan Pengurus Besar.
- Menerima dan melayan tetamu atau pelawat yang datang ke agensi dengan memberi penerangan, cenderamata dan sebagainya.
- Bertanggungjawab kepada penerbitan majalah agensi dan menguruskan senarai jemputan dan pengedaran kad jemputan untuk majlis-majlis agensi.
- Mengendalikan program HBP yang diadakan setiap bulan dan bertanggungjawab di atas semua aduan dan masalah orang ramai / pelanggan berkenaan agensi. Seterusnya menyediakan laporan kepada pihak Biro Pengaduan Awam.
-
Menyediakan surat-surat, memo, minit mesyuarat, laporan, jadual, kertas kerja dan sebagainya.