Pegawai Undang-Undang
| 
 
  | 
||
| Nama | : Yohana binti Puteh | |
| E-mel | : yohana[at]perda.gov.my | |
| No. Telefon | : 04 – 3141 220 | |
Fungsi Unit Undang-Undang
- 
Menguruskan hal ehwal undang-undang berdasarkan peruntukan Akta 282 atau mana-mana akta, undang-undang kecil, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan perintah-perintah yang berkuatkuasa pemakaiannya ke atas Lembaga.
 
- Memberi khidmat nasihat undang-undang, menggubal dan menyemak dokumen undang-undang.
 
- Memberi khidmat nasihat atau pandangan perundangan dalam soal undang-undang perumahan, kontrak, pengilangan, industri kecil, perladangan, hartanah dan pentadbiran serta perjawatan, menyemak dan mengisi dokumen-dokumen pajakan dan sewaan bangunan dan tanah.
 
- Menggubal serta menyediakan draf perjanjian, jual beli rumah dan tanah, pengedaran barang pengilangan, sewaan gerai dan pinjaman kenderaan/perumahan.
 
- Mengendalikan soal pengurusan dan pengambilan hartanah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
 
- Mengurus, menyelaras, menyediakan dan menyemak serta mengawas semua perjanjian kenderaan dan perumahan kakitangan. Memberi khidmat atau nasihat dalam penyelesaian surat-surat tawaran serta memastikan segala projek dibuat menurut undang-undang, mengemaskini dan merekod untuk tujuan keselamatan ke atas semua dokumen keselamatan dan dokumen perundangan yang telah ditandatangani oleh Lembaga sebelum daripada ini supaya dalam keadaan sempurna, teratur dan tersusun.
 
- Membuat semakan ke atas dokumen undang-undang (seperti pajakan, sewaan, penjualan tanah dan bangunan) dan pastikan tindakan mengikut undang-undang dijalankan dan mengemaskini rekod-rekod tindakan perundangan.
 
- Mengambil tindakan undang-undang terhadap hutang-hutang lapuk atau mana-mana pihak yang melanggar perjanjian.
 
- Menghantar notis peringatan atau pembatalan atau penamatan kepada pembeli, penyewa atau seumpamanya.
 
- Mendapatkan khidmat peguam bagi kes-kes yang perlu dibawa ke mahkamah dan menguruskan urusan mengambil balik, merampas dan seterusnya melelong harta- harta yang dirampas.
 - Hadir ke mahkamah atau sebarang mesyuarat atau perundingan yang melibatkan soal perundangan.
 
- Menjelaskan penguatkuasa ke atas pihak-pihak yang melanggar syarat-syarat dan terma-terma perjanjian dengan Lembaga mengikut undang-undang.
 
- Menyediakan dokumen untuk tindakan mahkamah seperti afidavit, saman, notis tuntutan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
 
- Menguruskan urusan pengambil alihan balik, sita dan lelongan ke atas harta-harta yang disita.
 
- 
Mengemaskini rekod-rekod tindakan penguatkuasaan undang-undang.
 

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
                     
                              
                
                
                     
                              
                
                
                     
                              
                
                
                     
                              
                
                
                     
                              
                
                
                     
                              
                
                