Pengurus Teknologi Maklumat
|
||
Nama | : Hereti binti Desa | |
E-mel | : hereti[at]perda.gov.my | |
No. Telefon | : 04 – 3141 200 | |
Fungsi Bahagian Teknologi Maklumat
SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT
- Merancang, menganalisis, melaksana dan memantau Pelan Strategik ICT PERDA selaras dengan Pelan Strategik PERDA.
- Merancang, melaksana dan memantau Laman Web PERDA selari dengan garis panduan laman web kerajaan.
- Merancang, melaksana dan memantau belanjawan ICT, penyediaan dokumen dan proses perolehan ICT (perisian, perkakasan, rangkaian dan audio visual).
- Merancang, melaksana dan memantau pembangunan montaj/multimedia untuk program-program yang dianjurkan PERDA.
- Merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik SOP ICT selaras dengan Pelan Strategik ICT dan DKICT.
- Merancang, melaksana dan memantau kemasukan data dan maklumat bagi program yang dibangunkan.
- Menerima, merekod dan mengedar surat-surat dan menyelenggara fail-fail dan peralatan pejabat.
- Menyediakan surat-surat, memo, minit mesyuarat, laporan, jadual, kertas kerja dan sebagainya.
SEKSYEN PEMBANGUNAN SISTEM
- Merancang, menganalisis, merekabentuk, melaksana dan memantau pembangunan sistem aplikasi baharu dan sedia ada.
- Mengurus, melaksana dan memantau penyelenggaraan pangkalan data dan operasi sistem-sistem aplikasi yang telah dibangunkan.
- Merancang, melaksana dan memantau latihan ICT kepada warga PERDA (perisian baharu dan sistem-sistem aplikasi).
- Merancang, melaksana dan memantau proses kemasukan data dan maklumat sistem-sistem aplikasi baharu dan sedia ada.
SEKSYEN PENTADBIRAN & KESELAMATAN ICT
- Merancang, melaksana dan memantau Dasar Keselamatan ICT PERDA selaras dengan DKICT KPLB.
- Merancang, melaksana, mengawal dan memantau Keselamatan dan rangkaian ICT (Servers, Switches, Firewall, Core Switch, UPS, CCTV dll).
- Merancang, melaksana dan memantau penyelenggaraan aset ICT dan operasi rangkaian ICT.
- Merancang, mengurus dan melaksana proses pelupusan aset ICT.
- Merancang, menganalisis dan melaksana keperluan perkakasan, perisian dan rangkaian ICT.
- Merancang, menganalisis, melaksana dan memantau spesifikasi teknikal dan kajian pasaran harga bagi perolehan ICT.
- Merancang, melaksana dan memantau keperluan perisian-perisian sistem komputer seperti Lotus Notes (Email), Antivirus, Ms Office, Database dan URL dll).
- Merancang, melaksana dan memantau Pelan Pemulihan Bencana (DRP).
-
Merancang dan mengurus perolehan lesen-lesen perisian.