Bengkel Pengukuhan Pengurusan Homestay Bumiputera Pulau Pinang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

2-4 April 2021, Teluk Bahang

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, sektor pelancongan telah menerima tamparan yang paling hebat akibat daripada penutupan sempadan dan kawalan pergerakkan. Kesan daripada itu juga, prestasi kemasukan pelancong bagi Homestay Bumiputera Pulau Pinang menurun dengan drastik dan pengusaha-pengusaha homestay ini hilang punca pendapatan sampingan.

Melihat kepada masalah ini, PERDA telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Homestay Bumiputera Pulau Pinang pada 2 hingga 4 April 2021 Seramai 20 orang penyelaras homestay daripada 10 Homestay Bumiputera Pulau Pinang terlibat dalam bengkel yang telah diadakan di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengukuhkan dan menambahbaik pengurusan serta pentadbiran persatuan dan koperasi homestay setiap desa yang berdaftar dengan MOTAC seterusnya dapat membantu untuk meningkatkan pendapatan sampingan pengusaha pelancongan Homestay Bumiputera Pulau Pinang bagi pasca pandemik Covid-19 ini.

Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan, YB Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor, ADUN Sungai Dua. Selain itu wakil-wakil agensi daripada Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga turut terlibat dalam bengkel ini.

GALERI GAMBAR

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas