SPiM – Inisiatif bantuan PERDA kepada usahawan yang terkesan akibat pandemik Covid-19

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

26 Februari 2021, Butterworth 

“Hampir keseluruhan sektor dalam negara telah menerima impak besar akibat Covid-19 khususnya bidang perniagaan. Bidang perniagaan terjejas dari aspek permintaan dan penawaran, rantaian nilai seperti masalah kekurangan stok bekalan bahan mentah, dan pengeluaran yang  terhad."

“Akibat penurunan permintaan yang mendadak menyebabkan sesuatu perniagaan itu sukar untuk mengekalkan pengoperasian.” Demikian penyataan Pengerusi PERDA. Khaliq Mehtab Mohd Ishaq ketika di sidang media pelancaran Skim Pinjaman Mudah Perniagaan (SPiM) di ibu pejabat PERDA, Butterworth. 

Tambah beliau lagi SPiM diperkenalkan oleh PERDA ini merupakan inisiatif untuk  membantu usahawan-usahawan Bumiputera Pulau Pinang yang terjejas dan terkesan akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda negara. 

Permohonan untuk pinjaman ini akan mula di buka pada 1 Mac ini. Dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, ia dijangka mampu memberi manfaat kepada 200 orang usahawan. 

“Dengan jumlah pembiayaan bermula dari RM5,000 hingga RM100,000, tempoh pembiayaan sehingga lima tahun dan tiada kadar faedah dikenakan diharapkan dapat membantu mereka (usahawan) dari segi modal pusingan dan kos operasi,” ujar beliau lagi. 

SPiM yang diperkenalkan oleh PERDA ini boleh dimohon oleh usahawan yang  perniagaannya beroperasi di Pulau Pinang, perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan. 

Untuk maklumat lanjut, usahawan yang berminat boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA di talian 04-3141100.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.