Institusi TVET perlu teruskan peranan lahir tenaga kerja berkemahiran

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Bernama

KUALA LUMPUR: Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kemahiran vokasional dan teknikal merupakan kunci tenaga kerja berkualiti serta meningkatkan produktiviti dalam semua sektor ekonomi bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 serta era pendigitalan.

"Saya sedar akan amanah saya untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan TVET agar dapat menggalakkan lebih ramai penyertaan dengan tawaran pilihan pembelajaran vokasional dan teknikal yang menarik serta mempunyai prospek masa depan yang cerah.

"Kita mesti menggilap potensi dan bakat dalam kalangan belia agar menjadi lebih kreatif, inovatif dan produktif sekali gus menjana pendapatan yang mampu memangkin kehidupan mereka yang lebih bermakna.Agenda ini dekat di hati saya," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, sempena Sambutan Hari TVET Negara 2023.

Bertemakan 'TVET Pemangkin Pembentukan Malaysia MADANI', Ahmad Zahid berkata pendidikan TVET akan terus diperkasa dalam usaha melahirkan generasi yang berkualiti dan kompetitif.
-- BERNAMA

Artikel Penuh : Astro Awani
 

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.