Sambutan Hari Psikologi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

17 - 18 Oktober 2023  |  Dewan Lestari KKDW

Sambutan Hari Psikologi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diadakan pada 17-18 Oktober 2023 bertempat di Dewan Lestari KKDW. Hari Psikologi ini yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) YBhg Dato’ Seri Ramlan bin Dato’ Harun.
 
Tema pada tahun ini adalah “Profesional, Integriti, Sahsiah dan Amanah Dalam Mentadbir KKDW Madani”. Antara aktiviti yang diadakan adalah Ceramah Mengenai Integriti dan Psikologi. Puan Mazliyaton binti Samsudin telah berkongsi pengalaman dalam satu slot yang bertajuk “Amalan Terbaik AKRAB Perkhidmatan Awam”. Selain itu terdapat pameran Booth AKRAB yang disertai oleh AKRAB Agensi di bawah KKDW.

PERDA telah menerima 4 Anugerah iaitu :
  • Anugerah Mentor dan Menti Terbaik 2023
  • Anugerah AKRAB Individu Proaktif 2023
  • Anugerah AKRAB Individu Terbaik 2023
  • Anugerah Booth AKRAB 2023
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.