Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Permohonan Program/Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bagi RMKe-12 RP4 Tahun 2024

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
05 - 07 Mac 2023  |  Hotel Bahang Bay

Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Permohonan Program/Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bagi RMKe-12 RP4 Tahun 2024 telah berlangsung di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang (Hotel Milik Penuh PERDA) dari 5-7 Mac 2023.

Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan, KKDW dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Afandi Bin Nordin, Setiausaha Bahagian, Pemantauan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Objektif mesyuarat ini adalah untuk membentangkan cadangan program/ projek pembangunan bagi tahun 2024 kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian dan wakil Agensi Pusat sebelum dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi.

Seramai 130 orang hadir di dalam mesyuarat ini yang melibatkan semua jabatan/agensi di bawah KKDW.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.