Program Pemantapan Badan Pengurusan Bersama Komuniti Pangsapuri TSDU

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
2-3 Disember 2023  |  Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pemantapan Badan Pengurusan Bersama Komuniti Pangsapuri Taman Sungai Dua Utama dengan melibatkan seramai 35 orang penduduk termasuk ahli jawatankuasa pangsapuri tersebut.

Objektif program adalah bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam komuniti setempat dan mewujudkan kerjasama erat sesama penduduk.

Yang Berusaha Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Bahagian Hartanah dan Teknikal telah menyempurnakan perasmian program ini serta menyampaikan sijil kepada semua peserta yang terlibat.

Dengan adanya program ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan pengurusan harta bersama dapat diuruskan dengan baik.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.