Kunjungan Hormat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara ke PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 Disember 2023  |  Ibu Pejabat PERDA

PERDA pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara bagi membincangkan beberapa inisiatif yang boleh dijayakan secara kerjasama untuk manfaat anggota kerja dan masyarakat setempat.

Delegasi DBP Wilayah Utara diketuai oleh Pengarah; Encik Armin Azhari bin Saleh dan turut disertai oleh Ketua Unit Bahasa; Puan Khairul Anum binti Mohd. Ali, Ketua Unit Bahasa; Encik E.Pian a/l Pro Poul serta wakil Unit Pentadbiran; Encik Mohd Fauzy bin Mohd Rosely.

Taklimat korporat PERDA telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum bersama-sama Pengurus Khidmat Pengurusan, Encik Amir Amri bin Ahmat.

PERDA amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian pihak DBP Wilayah Utara untuk bekerjasama dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.