Kursus Asas Kewangan bagi Program Memupuk Ekonomi Peniaga Kecil (MEPK)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
1 - 3 September 2023  |  Hotel Bahang Bay
 
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah selesai melaksanakan Kursus Asas Kewangan kepada penerima bantuan projek ekonomi di bawah Program Memupuk Ekonomi Peniaga Kecil (MEPK).

Kursus Asas Kewangan ini telah diadakan pada 1 - 3 September 2023 bertempat di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kewangan dalam perniagaan. Selain itu, peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai keusahawanan supaya perniagaan yang diusahakan terus maju jaya.

Kursus disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada penerima bantuan geran projek ekonomi di bawah peruntukan Program Bina Daya Insan @ PERDA.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.