Program PERDA Santuni Komuniti Madani #perdadihati Siri 4

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
24 Jun 2023  |  Dewan Muhibbah Merbau Kudong
  
Terima kasih kepada seluruh penduduk Sungai Dua, SPU, Pulau Pinang yang hadir ke Program PERDA Santuni Komuniti Madani #perdadihati Siri 4 yang berlangsung pada 24 Jun 2023 bertempat di Dewan Muhibbah Merbau Kudong, Sungai Dua, SPU, Pulau Pinang.

Jumlah kunjungan pada kali ini adalah seramai 1000 pengunjung dan sebanyak 1000 ekor ayam mentah telah diedarkan secara PERCUMA kepada mereka.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA.

Pengisian untuk setiap siri pelaksanaan program ini akan melibatkan aktiviti ceramah motivasi, jualan Agro Madani bersama pihak FAMA dan pemberian sumbangan Bakul Rahmah, sumbangan program peningkatan ekonomi, pertandingan mewarna kanak-kanak bersama ibu bapa dan aktiviti cabutan bertuah.
Pada hari ini sebanyak 8 syarikat telah diluluskan untuk menerima pinjaman perniagaan menerusi Skim Pinjaman Mudah Perniagaan (SPiM) di bawah PERDA dengan nilaian pinjaman berjumlah RM30,000.00 hingga RM100,000.00 untuk setiap syarikat.

Jumlah keseluruhan pinjaman yang diluluskan di bawah SPiM bagi Siri 1 Tahun 2023 ini adalah sebanyak RM430,000.00. Menerusi SPiM ini juga, ianya mampu untuk membantu para usahawan IKS untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sekaligus akan menambahkan pendapatan usahawan.

Selain itu, pada hari ini juga seramai 100 orang penduduk setempat telah terpilih untuk menerima sumbangan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan keperluan asas untuk kegunaan harian.

Program pada hari ini juga turut melibatkan kerjasama PERDA dengan pihak Perpustakan Desa PNM Pulau Pinang di dalam acara pertandingan mewarna kanak-kanak. Seramai 200 orang peserta dalam kalangan kanak berusia 6 hingga 12 tahun telah turut serta dalam pertandingan mewarna ini. Semua peserta telah diberikan sijil dan pingat penyertaan.

Selain itu, aktiviti pameran turut diadakan melibatkan pameran perumahan oleh pihak PVISB, kemudahan pengajian di PERDA-TECH dan booth pameran dari Bahagian Pembangunan Ekonomi, PERDA.

Secara amnya, program ini mensasarkan penglibatan seramai 10,000 ribu orang kumpulan sasar menerusi pelaksanaannya untuk keenam-enam siri di sekitar negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada kepimpinan kampung dan masjid, penduduk setempat, para pelajar, ibu bapa serta kanak-kanak.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.