Kunjungan Hormat Human Resource Development Corporation (HRDCORP) Ke PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 Disember 2023  |  Mutiara Lounge

PERDA menerima kunjungan hormat delegasi daripada Human Resource Development Corporation (HRDCOPRP) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan, Puan Wan Yon Shahima Wan Othman pada hari ini.
 
Kunjungan hormat yang disambut oleh Pengurus Besar PERDA; Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum ini banyak membincangkan pelbagai inisiatif kerjasama bagi kedua-dua belah pihak terutamanya dalam pembangunan modal insan yang produktif.

Dalam pada itu, perbincangan juga menfokuskan inisiatif dalam memantapkan pembangunan modal insan dari segi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui program-program di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).

Secara keseluruhannya, PERDA amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian pihak HRDCORP untuk bekerjasama dalam memperkasakan modal insan dalam industri pekerjaan yang serba mencabar kini.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.