PERDA santuni Komuniti Madani, agih 700 ayam percuma

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
07 Julai 2023  |  Nibong Tebal


NIBONG TEBAL – Sebanyak 700 ekor ayam diedarkan secara percuma kepada penduduk Sungai Acheh di sini menerusi Program PERDA Santuni Komuniti Madani hari ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA), Datuk Ir Shaik Hussein Mydin berkata, program dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu antara lain turut menganjurkan Jualan Agro Madani yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bertujuan meringankan beban penduduk luar bandar.

Jelasnya, ini antara usaha yang diterjemah kerajaan dalam memastikan masyarakat memerlukan terus menerima bantuan.

“Selain itu kita juga ada buat jualan Agro Madani dengan kerjasama FAMA negeri yang menyediakan barangan runcit dan barang basah pada harga murah dengan diskaun sehingga 30 peratus.

“Program ini kita akan teruskan ke tempat lain pula melibatkan kawasan luar bandar di negeri ini seperti di Teluk Bahang, Tasek Gelugor dan beberapa tempat lain,” katanya selepas merasmikan program tersebut di Dewan Serbaguna Sungai Chenaam.

Antara aktiviti disediakan dalam program berkenaan seperti cabutan bertuah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan penyampaian Bakul Rahmah.

Tambah beliau, menerusi program sama, seramai tiga individu juga menerima bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan melalui Program Memupuk Ekonomi Kecil. – MalaysiaGazette

Sumber Artikel : MalaysiaGazette
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.